
PERAJURIT, NOVEMBER 2009
Oleh: Mejar Ramli Abdul Rahim (Bersara) TUDM
Strategi peperangan yang digariskan oleh Sun Tzu (722-481 SM) seorang jeneral yang berani semasa kerajaan Wu, Helü di China terus tersohor dan kini karyanya The Art War turut diminati oleh pendokong dunia perniagaan.
“Peperangan adalah tipu daya,” pernah diungkapkan oleh Sun Tzu yang menjadi ikon pengurusan ketenteraan yang sanggup berhadapan dengan raja dan memerintahkan gundiknya dipancung sebagai contoh disiplin yang wajib dipatuhi untuk menjadi tontonan ketegasannya bagi membina ketumbukan tentera yang kental.
Elemen perisikan juga turut disentuh di dalam bukunya sebagai manifestasi bahawa perisikan dunia tentera adalah setua umur sejarah ketenteraan yang menjadi asam dan garam politik dan diplomasi negara dan sejarah ketenteraan di dunia ini.
Perisikan Ketenteraan atau Military Intelligence dan singkatannya “Intel” atau MI adalah merujuk kepada koleksi, analisis, dan taburan maklumat berkaitan sesuatu operasi tentera dan setiap negara di atas planet bumi menggunakan risikan ketenteraan bagi menjadikan ketumbukan tenteranya sendiri lebih selamat dan bersedia untuk berperang.
Seperti lain-lain jenis perisikan, risikan ketenteraan dikumpulkan oleh anggota profesional yang mempunyai kemahiran untuk mengumpulkan secara bersepadu segala maklumat yang berguna bagi menyokong pasukan bersenjata.
Semua cabang ketenteraan dalam perkhidmatan angkatan tentera di mana-mana sahaja di dunia ini mempunyai cawangan perisikannya sendiri dan ia berfungsi baik semasa aman ataupun semasa perang .
Dalam perisikan strategik yang menjurus kepada koleksi maklumat umum mengenai potensi musuh secara umum dikumpulkan adalah daripada pelbagai sumber, dan termasuk maklumat saiz ketumbukan askar tetap, senjata yang boleh didapati dan piawaian dasar luar bagi sesebuah negara.
Perisikan operasi pula menumpukan pada satu operasi khusus dengan pengutipan data sesuatu kawasan operasi yang boleh dijalankan bersama dengan maklumat kekuatan pasukan musuh dan pergerakan, sentimen tempatan dan material lain yang berkaitan.
Pengumpulan maklumat perisikan operasi dengan tepat adalah satu tanggungjawab penting perisikan ketenteraan kerana ia akan menentukan dan membuat perbezaan antara satu kejayaan dan satu kegagalan.
Perisikan taktikal pula adalah satu perluasan perisikan operasi, pemfokusan khususnya pada faktor yang boleh mempengaruhi taktik-taktik dalam peperangan moden yang dikumpul oleh komander dalam operasi yang dilaksanakan.
Baik dalam keadaan aman atau dalam suasana berperang, perisikan ketenteraan adalah amat mustahak sebagai sebahagian daripada sistem keselamatan untuk sesebuah negara dan staf perisikan sentiasa menerima latihan khas bagi menjadikan mereka lebih berkesan dan sentiasa bersedia untuk membuat pengumpulan data mentah dan ditafsir untuk kegunaan operasi.
Agensi perisikan sentiasa peka dan memantau dan mereka mengikuti komunikasi daripada negara-negara lain dan menganalisis akhbar-akhbar asing, radio, televisyen, dan bahan lain dengan tujuan mengumpul tanda-tanda dan petunjuk untuk maslahat ketenteraan.
Bagi menyediakan satu analisis yang konkrit, komander memerlukan maklumat pertama yang dikenalpasti dan keperluan maklumat ini kemudiannya digabungkan ke dalam satu proses pengumpulan risikan, analisis Inteligen, perlindungan maklumat ini dan akhirnya penyebaran maklumat untuk pembuat keputusan.
Bidang pemerhatian yang dibuat adalah termasuk operasi persekitaran, daerah bermusuhan, kelompok mesra dan berkecuali, penduduk awam dalam sesatu kawasan operasi pertempuran dan aktiviti-aktiviti perisikan dikendalikan di semua peringkat, daripada taktikal untuk strategik, pada masa aman, tempoh peralihan kepada peperangan dan semasa peperangan.
Kebanyakan negara memberi penekanan secara tersembunyi kepada keupayaan risikan ketenteraan untuk menyediakan analisis dan kakitangan koleksi maklumat dalam semua cabang perkhidmatan ketenteraan kerana ia merupakan telinga dan mata kepimpinan.
Keupayaan kecerdasan ketenteraan itu akan berinteraksi dengan keupayaan kecerdasan awam untuk memaklumkan spektrum aktiviti-aktiviti politik dan ketenteraan.
Perisikan adalah penting bagi komander, berdasarkan objektif tentera dan menggariskan rancangan untuk operasi dan objektif tentera itu menyediakan satu tumpuan untuk proses anggaran berdasarkan maklumat pergerakan kakitangan, perangai pasukan-pasukan yang bermusuhan, sentimen-sentimen penduduk tempatan dan keupayaan pertempuran.
Proses Perisikan
Proses perisikan itu mempunyai empat fasa iaitu koleksi, analisis, pemprosesan dan penyebaran dan boleh dikatakan semua agensi perisikan mempraktikkan urutan tersebut termasuk di United Kingdom yang diketahui mengaplikasikan Direction (arahan) , Collection (pengutipan), Processing (pemprosesan) dan Dissemination (penyebaran).
Koleksi Maklumat
Kebanyakan fakta penting boleh diketahui secara umum atau boleh dikumpulkan daripada sumber-sumber awam dan ia bersifat koleksi maklumat perisikan terbuka seperti penduduk, etnik dan industri-industri utama sesebuah kawasan atau negara yang perlu untuk para komander tentera dan maklumat ini didapati daripada orang awam.
Walau bagaimanapun adalah penting pengumpul maklumat tersebut memahami apa yang dikutip adalah "maklumat mentah " dan tidak menjadi perisikan sehingga selepas seorang penganalisis telah menilai dan mengesahkan maklumat berkenaan.
Koleksi maklumat yang berhubungkait dengan komposisi unit atau elemen ketenteraan seperti kekuatan, latihan, taktik, personaliti dalam unit berkenaan juga menyumbang kepada nilai kepintaran keseluruhan selepas analisis yang berhati-hati dilaksanakan.
Muatan dan senjata asas kebanyakan kapal-kapal utama dan pesawat adalah juga maklumat awam seperti kelajuan dan keupayaan boleh dianggarkan oleh pakar-pakar berdasarkan gambar-gambar dan fakta lain mengenai keupayaan persenjataan adalah juga amat berharga kepada perancangan dan lazimnya dipungut dalam sebuah perpustakaan perisikan.
Dalam zaman satelit yang semakin canggih maklumat perisikan dapat dikumpulkan daripada interpretasi gambar-gambar altitud tinggi terperinci sebuah negara yang diambil daripada angkasa lepas dan ternyata ia bukan lagi menjadi dominasi kuasa besar.
Penggunaan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) seperti Predator yang mempunyai keupayaan untuk terbang hingga 50,000 kaki daripada paras bumi adalah platform perisikan yang boleh dimanfaatkan untuk tinjuan perisikan dari udara dan segala data akan disalurkan real time ke bumi –untuk dianalisis.
Adalah menjadikan kebiasaan untuk perkhidmatan risikan bagi setiap negara membaca setiap jurnal bercetak yang diterbitkan oleh negara-negara lain termasuk akhbar-akhbar utama dan majalah-majalah untuk dijadikan sumber asasi perisikan.
Bukanlah lagi satu rahsia bahawa kebanyakan perkhidmatan perisikan menempatkan kakitangan mereka di pejabat-pejabat perkhidmatan asing seperti keduataan sebagai atase tentera atas tiket diplomat.
Beberapa negara-negara perindustrian masih mendengar dan memantau secara berterusan spektrum radio keseluruhan termasuk bukan sahaja siaran-siaran radio kebangsaan dan tempatan dan televisyen, tetapi lalu lintas tentera, telefon dan lalu lintas telegraf termasuk lalu lintas satelit.
Amerika Syarikat khususnya diketahui memang menggunakan satelit yang berupaya memintas telefon sel dan lalu lintas keloi dan analisis lalu lintas biasanya dipersembahkan oleh program-program komputer kompleks yang boleh menghurai bahasa tabii dan nombor telefon mencari perbualan-perbualan ancaman dan para wartawan.
Analisis
Analisis mengandungi taksiran kebolehan musuh dan kelemahan-kelemahannya sebagai contoh, dalam dimensi peperangan moden, kereta api logistik untuk satu bekalan minyak unit tentera adalah operasi yang menentukan keberkesanan untuk sesuatu daerah pertempuran.
Human Intelligence (Humint) iaitu perisikan yang berdasarkan kecerdikan manusia adalah dilaksanakan dengan pengintipan biasanya dijalankan secara berhati-hati untuk membuang sumber-sumber yang tidak berkaitan.
Apabila perisikan secara fisikal dilaksanakan ia adalah berhubung kait dengan unsur kemanusiaan dan untuk mendapatkan maklumat musuh sesebuah negara sanggup membayar untuk perisikan.
Sejarah perisikan di barat dan juga Eropah Timur semasa Perang Dingin telah menyaksikan bagaimana pertukaran informasi berlangsung dan manusia rela mengkhianati negara kerana wang dan ada yang menjadi talam dua muka sebagai double agent.
Organisasi perisikan membuat analisis mengikuti satu prosedur dengan pemeriksaan umum terhadap sumber untuk mengesan item risikan atau kumpulan-kumpulan kepentingan dan kemudiannya secara sistematik menaksir lokasi mereka, keupayaan, input dan persekitaran untuk memastikan tiada kelemahan dan maklumat akan secara berterusan dikemaskinikan.
Pakejing
Kelemahan-kelemahan kritikal dalam maklumat perisikan akan disegregasikan dengan indeks untuk penilaian kembali oleh penasihat dan kakitangan perisikan untuk menyediakan pakej maklumat bagi pembuat dasar dan komander perang.
Analisis ancaman-ancaman kritikal biasanya dipertahankan dalam satu laporan dengan keupayaan musuh menganalisis sebuah jadual simpan satu anggaran masa penyediaan musuh seperti analisis ancaman-ancaman nuklear antara Soviet Rusia dan Amerika Syarikat semasa krisis misil Cuba semasa Perang Dingin berlangsung.
Seorang pemimpin yang membuat keputusan adalah berdasarkan maklumat perisikan dan peperangan tidak berlaku hanya dengan sekelip mata tetapi ada indikator atau petunjuk atau sebab-sebab yang berlaku yang memungkinkan peperangan itu berlaku.
Maklumat perisikan amat penting kerana ia menjadi kayu ukur akan kekuatan musuh dan kekuatan diri sendiri lantas satu keputusan yang besar dasar negara ditentukan dengan sistem perisikan yang baik dan ia terpikul di bahu setiap bahu staf perisikan.
Baik seorang Presiden atau Perdana Menteri sebelum dia membuat keputusan untuk berperang, dia perlukan pandangan daripada jeneral tentera di sekelilingnya yang arif dengan kekuatan ketumbukan tenteranya dan peperangan akan melibatkan perhubungan antarabangsa.
Segala maklumat perisikan tentera adalah menjadi kriteria utama untuk sebarang keputusan yang akan melibatkan senario yang berpanjangan dan analisis yang mantap perlu kerana tersalah nasihat dan keputusan ia akan menjadi mala petaka kepada rakyat dan dunia.
Umumnya, pembuat-pembuat dasar dihadiahkan dengan satu senarai ancaman-ancaman dan peluang-peluang dan pandangan rancangan kakitangan tentera profesional yang terperinci adalah solusi untuk jalan keluar.
Sejarah Perisikan
Sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu dengan pendaratan ketumbukan tenteranya di Kota Bharu pada pukul 10.00 pagi 9 Disember 1941, Jepun telah meletakkan perisik tentera di beberapa kawasan utama di bandar-bandar Persekutuan Tanah Melayu.
Seorang perisik tentera Jepun yang menyamar sebagai tukang membaiki jam di Bandar Batu Pahat sebelum Perang Dunia bermula telah lama berinteraksi dengan penduduk tempatan dan memberi maklumat perisikan kepada markasnya di Tokyo.
Penduduk keturunan Jepun yang bermastautin di Hawai sebelum serangan ke atas Pearl Harbour sebahagaiannya adalah perisik tentera Jepun yang menyamar menjadi orang awam dan memberikan maklumat perisikan kepada pihak atasan tentera.
Apabila berlaku Konfrantasi 1963-1965 ekoran pembentukan Malaysia, operasi ketenteraan telah dilakukan dan tentera Indonesia telah menggugurkan tenteranya dengan menggunakan pesawat C-130 di Pontian.
Segala maklumat kenteraan lokasi pendaratan itu adalah didapati daripada laporan perisikan ketenteraan yang disediakan oleh atase tentera di kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur sebelum hubungan diplomatik terputus antara kedua-dua negara.
Perananan yang dimainkan oleh agensi perisikan tentera sepanjang perang Vietnam 1965-1975 cukup penting kerana ia adalah bukan sahaja peperangan fizikal tetapi adalah peperangan minda rakyat atau perang psikologi.
Untuk mendapatkan maklumat musuh Vietcong, tentera Amerika berinteraksi dengan rakyat Vietnam yang rata-rata susah untuk dibezakan di antara kawan dan lawan kerana wajah yang seiras dan Amerika sering terperangkap dalam kerja-kerja perisikan.
MI-5 (Military Intelligence 5) atau British Secret Service Agency banyak memainkan peranannya semasa Perang Dunia Kedua di Eropah adalah hasil ledakan kehadiran perisik Jerman dan perang bukan sahaja berlaku di medan pertempuran tetapi juga di medan perisikan.
Permainan dan pemberian maklumat palsu menjadi agenda semasa zaman perang dan anggota perisikan di satu arena berperang untuk mendapatkan maklumat yang sahih kerana tipu daya perang cukup licik kerana tersalah maklumat akan membawa padah kepada trup di medan perang.
Maklumat perisikan tentera terkini di Afghanistan yang dipetik oleh the New York Times jelas menunjukkan ketumbukan tentera Taliban kini hampir menyamai jumlah tentera kerajaan Afghanistan, sesuatu yang boleh merunsingkan pentadbiran Presiden Obama dalam menangani perang yang diciptakan oleh pemerintah Amerika sebelumnya.
Perisikan Tentera Malaysia
Menyorot perkembangan di tanahair, pembentukan Kor Risik Angkatan Tentera bermula dalam tahun 1953 dengan penumpangan seorang anggota untuk dilatih oleh HQ 355 Field Security Section (FSS), British Intelligence Corps iaitu pasukan perisikan tentera Britih di Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu.
Pada tahun 1958, Federation Field Security School (FSSS) telah dipisahkan daripada HQ 355 FSS dan ditumpangkan di bawah naungan Markas Tentera Persekutuan Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.
Dalam tahun 1959 pula FSSS telah digabungkan di bawah “Malaya General Service Corps (MSGC)” dan seterusnya dalam tahun 1963, Cawangan Intelligence, MSGC telah dinamakan dengan “Ministry of Defence Intelligence Unit” yang kemudiannya diubah menjadi Jabatanarah Perisikan Bersama.
Pada 7 November 1969 Kor Risk Angkatan Tentera telah ditubuhkan sejajar dengan perkembangan Angkatan Tentera dengan cogan kata Kor Risik “Pintar dan Cergas”.
Leftenan Kolonel Mahmud bin Sulaiman (bersara sebagai Mejar Jeneral) merupakan pegawai tentera Malaysia yang pertama menjawat jawatan Ketua Pegawai Turus Gred 1 Cawangan Operasi, Perancangan dan Perisikan dari 11 November 1963 hingga 8 Jun 1965.
Peranan Kor Risik persis agensi perisikan tentera negara-negara lain adalah untuk merancang dan melaksanakan tindakan dengan pengumpulan maklumat, memproses, menyebar bahan perisikan operasi, strategik dan gerak saraf.
Ia juga merancang dan melaksanakan tindakan bagi menentukan keselamatan maklumat anggota dan harta benda daripada kegiatan penyuluhan,pengkhianatan dan sabotaj yang dijalankan oleh pihak musuh.
Sekolah Perisikan Angkatan Tentera di Sungai Buloh berperanan untuk melatih pegawai-pegawai dan anggota daripada semua perkhidmatan Angkatan Tentera bagi mewujudkan satu golongan professional yang mahir dalam bidang perisikan.
Kini Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempunyai bahagian perisikan masing-masing yang dikenali sebagai Risik Darat, Risik Laut dan Risik Udara di bawah payung Bahagian Staf Perisikan Bersama.
Perisikan Era IT
Dunia pada dasarnya menghadapi satu lagi bentuk ancaman baru dalam dimensi siber dan dalam era IT (Teknologi Maklumat) kebelakangan ini dunia telah menjadi amat bergantung pada rangkaian sistem maklumat menjalankan perniagaan penting, termasuk operasi tentera, kerajaan awam dan perdagangan kebangsaan dan antarabangsa.
Teknologi ini telah menjadi satu daripada sumber-sumber penting kelebihan daya saing dalam apa juga aspek untuk membantu kita memahami implikasi terhadap keselamatan dan kelemahan di ruang siber yang pada awalnya diperkenalkan oleh tentera.
Sumber rujukan perisikan tentera kalau dahulunya dipelopori oleh penerbitan Jane tetapi dengan dunia global tanpa semapadan kita boleh sahaja mengutip apa-apa sahaja bahan maklumat di internet kerana ia tidak diklasifikasikan dan ia menjadi sumber bebas yang perlukan analisis perisikan tentera.
Dunia perisikan ketenteraan terus berkisar dengan model pilihan untuk mewujudkan tautan pengguna Intelligence dan pengutip maklumat seperti konsep "Sensor to Shooter" dan "Dominant Battlefield Awareness".
Matlamat akhirnya nanti satu jaringan perisikan yang bukan lagi bersifat hirarki linear hatta komander di peringkat yang paling bawah di dalam rangakaian tentera akan berupaya untuk menentukan maklumat yang mereka kehendaki dan berinteraksi dengan operator sistem koleksi maklumat.
Signifikan
Maklumat perisikan untuk operasi di medan perang akan sentiasa relevan kerana ia adalah amaran yang harus dikomunikasikan pada mereka yang perlu tahu dan bukan semua rahsia ketenteraan boleh diuar-uarkan di dalam media.
Apa yang komander perlukan adalah maklumat yang akan memberi manfaat kepada pasukan yang dipimpinnya dan sumber autentik sewajarnya datang daripada sumber yang layak dipercayai dan mesti dipercayai.
Segala maklumat itu kini tersimpan dalam bank data yang hanya perlu dikutip hanya dengan sentuhan tetikus di dalam bilik hawa dingin dan bukan semestinya dibawa oleh soldadu yang menyandang peralatan senjata di barisan hadapan di medan perang.


